"dasar hati yg senantiasa terpendam...adakah sinar yg mungkin terpadam"


Monday, October 10, 2011

ibu

“Biarlah mak,” pujuk ajai pada emaknya dalam nada yang cukup sopan. Dia tahu emaknya masih lagi dalam kesedihan. Antara percaya atau tidak sama ada masih dalam dunia nyata atau fantasi. Masakan tidak seorang ibu pasti tidak akan percaya dan tidak akan dapat menerima hakikat. Anak kandungnya sendiri sanggup membohongi dirinya.

Langit suram. Ombak menderu bersama angin monsun timur laut. Sudah seminggu hujan turun tanpa henti. walaupun terdapat tanda-tanda mahu berhenti namun kembali lebat. Kaca televisyen hampir setiap malam memaparkan kehilangan nyawa di sekitar kawasan itu. Itupun hasil maklumat dan buah mulut minah, mak ilias. tinggal di sebelah rumah ajai sejak dulu.

Malam itu, seperti selalu rumah ajai bertemankan pelita. Menyinari cuma suku bahagian rumah. Kabel elektrik tersergam indah di luar rumah. genap sebulan ajai dan isi rumah bergelap. Lantaran bil elektrik yang tertunggak membuatkan mereka pasrah melalui hari² mendatang.

Dalam sinar bulan yang samar², kedengaran sayup suara adik bongsu ilias mengaji al-quran. walau tidak jelas butir bacaannya tapi ajai tahu surah mana yang dibacanya. sesekali ajai mengikut bacaannya di dalam hati. fikirannya tenang bila mana mendengar kalimah yang dibaca.


bersambung...




No comments:

Post a Comment