"dasar hati yg senantiasa terpendam...adakah sinar yg mungkin terpadam"


Sunday, October 9, 2011

permata atau kaca?

hujung sebuah bandar, di pinggir desa tinggal sebuah keluarga yang daif iman tapi besar cita.
masyarakat kagum dengan kejayaan dan masing2 mengharapkan tuah sepertinya. punya rumah besar, harta bertimbun dan nama gah setanding raja. itulah saudagar permata.

sulaiman. nama yang sering disebut di sana sini. ke mana dan di mana saja orang pergi sering memperkatakan dan menjadikan sulaiman sebagai contoh. tak kira sebagai idola dan ada juga yang mencemuhnya. lantaran iri hati memendam rasa.

sulaiman yang dulunya warak dan sentiasa mengingati Allah kini alpa dan makin gelap haluan. rezeki permata kini merubah hidupnya. tidak lagi memakai baju sederhana dan tidak lagi bersepatu lama. apa yang ditubuhnya semua mewah.

tatkala sulaiman bermewah-mewah dan bersenang lenang, tinggal di hujung sawah sepasang suami isteri yang dulunya bahagia. walau sejuk nyaman udara, namun terpancar kesedihan di wajah mereka.

"mat kau xturun ke sawah hari ni?" soal ajis sambil mengerutkan keningnya yang makin halus dan putih itu.

"aku tengok keadaan kau dua tiga hari ni lain je. xmacam dlu." kata2 ajis terhenti setakat itu. dia risau kalau2 katanya itu menyinggung hati temannya.

"erm...," ahmad mengeluh malas sambil tangannya mencapai pinang yang telah siap dipotongnya dalam bekas buluh. cantik bekas itu hasil kerja tangannya sendiri. perlahan dikunyahnya sambil merenung jauh. nun di tengah sawah. bunyi derap pinang memecah kesunyian dan ajis masih lagi menanti jawapannya.

"entahlah jis, aku dh xde smangat mcm dlu. muka aku ni nak letak kat mana? heboh orang kampung bercerita pasal aku. pasal aku xpandai mengajar anak..."

"mat jangan cakap camtu, kita ni orang Islam. ada pegangan, ada tuhan. Allah xsuka org putus asa. semua yang terjadi ni ada..."

"ada hikmahnya?" ahmad mencelah dengan nada yang agak tinggi. ajis tersentak. tidak pernah kwnnya itu meninggikan suara terhadapnya. dia faham dan sedar keadaan itu. sejak sulaiman menghalau mereka berdua dari rumah membuatkan fikiran dan sikap ahmad berubah. tidak lagi seceria dulu.

.......................................................................................................................................

"sayang....abg nak ke bandar. nak tgk perniagaan kita. makin maju..makin penuhlah lengan ayang tu." smbil mencubit pipi zakiah.

"ala abg ni. ye la semua salah kiah. nak itu nak ini. lagipon utk abg jugak. xde la org nk mengata pasal kemiskinan kita. tgk jenab tu, sampai skarang asyik mengharapkan laki dia. anak skolah ramai...nak suap makan kat mak ayah dia lagi. isshhhh xnakla kiah mcm tu." itulah sikap sebenar zakiah sejak azali. lemah lembut, sopan dan agama dimainkan dengan begitu teliti sehingga ahmad dan isterinya terpikat pada zakiah.

.......................................................................................................................................

berita tentang kejatuhan emas menjadi topik hangat di warung bilal deraman. warung yang sering dikunjungi warga tua kini menjadi tumpuan. termasuk anak skolah dan belia. lunyai kertas akhbar dibelek dari tangan ke tangan. kalau dlu, x dibuat pembalut nasi lemak atau ikan x sah. kali ni lain pulak. kecoh sampai kereta yang lalu lalang memperlahankan halaju. seperti ada kemalangan yang berlaku.

.......................................................................................................................................

"eh kau xdgr cerita ke mat?" ajis berdiri sebelah kakinya di tangga dan sebelah lagi di tanah. ibarat menongkat rumah ahmad yang kini usang. rumah pusaka arwah ibunya. hujan renyai kini seakan lebat dengan angin yang menderu. pelepah kelapa jatuh, terpercik air yang bertakung.

"naik jis." pendek tapi sopan mempersilakan ajis masuk ke dlm rumah. dia sedar tempias hujan kini membasahkan baju ajis. habis seperlengan bajunya basah.

ajis membetulkan duduknya. mengambil posisi yang ckup selesa buat dirinya tanpa tempias hujan dan sapaan angin yang menyejukkan. dia mencapai seberkas daun nipah dalam gulungan. memilih dan melurut2kan dengan lembut. segumpal tembakau di susun rata mengunjur dan digulung kemas. kala hujan begini memang sesuai benar jika dapat menjamah ubi kayu dan ikan masin. sinonim dengan keadaannya. baharu ajis berkira2 hasratnya itu, fatimah membawa sedulang. lengkap dengan kopi dan... ya. ubi kayu ikan pekasam. cukup popular di daerah ini ikan puyu pekasam.

"jemput makan jis, hujan2 camni memang enak makan panas2." pelawa fatimah dengan nada seorang ibu. ibu yang menyimpan seribu satu macam sejarah dan pengalaman. berkongsi pahit manis dengan ahmad. suami yang beza umur 2 tahun lebih tua daripadanya.

"terima kasih mah," sambil ajis memperkemaskan sila duduknya. dia xsabar mahu menjamah. selera pada waktu ini semakin membara. ubi kayu dicubit bersama gaulan ikan pekasam membuatkan air liur dalam mulutnya seakan mahu keluar. perlahan dia menelan sebelum suapan ubi menerjah masuk ke rongga mulut.

"ermmmm....sedap sungguh mat," tersembul ucapan dari penuh mulut ajis.

isshhhh lama betul aku xrs sesedap ni...paling akhir masa melah beranakkan si samad." luah ajis pada ahmad dan fatimah. mereka tersenyum. fikiran mereka leka dibuai kenangan. angin sejuk menerjah ke pipi melalui jendela dapur terus ke serambi. ahmad meneguk kopi lalu menyedut dalam rokok daun. kelihatan bara membakar stiap kali daun disedut. perlahan hembusan asap dilepas. sesekali fatimah menjeling suaminya. dalam hatinya timbul tanda tanya. adakah berita yang didengar oleh mereka itu akan menjadi titik tolak perubahan sulaiman? atau ada perkara lain yang akan timbul.

.......................................................................................................................................

kiah..buka pintu sayang. sampai hati kau buat abg begini. mana pergi kasih sayangmu selama ini?" ucap sulaiman seakan kesal bercampur harapan. mengharap zakiah tidak memperlakukan sedemikian terhadapnya. kemewahan yang dia beri pd zakiah akhirnya memakan dirinya sendiri.

"abg...abg syg kiah x?"

"mestilah sayang. siapa yang xsyg isteri. tambah pulak secantik kau kiah."

"kalau abg syg kiah. letaklah nama rumah dan harta kita ni atas nama kiah. abg kan sibuk dan boleh kiah jaga elok2. xperlu abg risaukan lagi" pujuk kiah dengan lentik alis matanya.

kalau sejak awal sulaiman hidu rancangan zakiah, sumpah tidak diserahkan geran apatah lagi ditukarkan kesemuanya aset ke atas nama zakiah. simpati, pujuk rayu hanya pada zakiah kini. biar air mata darah sekalipun namun dia sedar diri telah dipermainkan.

"kau boleh berambus dari sini. tunggu surat mahkamah aku nk minta cerai!" bentak zakiah dengan kasar. terbeliak matanya melalui tingkap sedangkan sulaiman masih memujuk rayu. tak pernah dia ketahui sikap zakiah sebegini rupa.

........................................................................................................................

hari makin panas. haba tanah dengan angin debu menerpa ke mukanya. dalam keadaan lesu, sulaiman gagah mengatur langkah yang tiada hala tuju. dia ingin pergi jauh. namun xtentu hala tujuannya. longlai lemah langkahnya, jatuh tersembam ke bumi. dia mendiamkan diri mengumpul tenaga untuk bangun. kepala diangkat perlahan. kecil matanya dibuka. berpinau. berbalam-balam lalu terang penglihatannya.

terperanjat. badan yang lesu seakan ada daya yang menerjah. sulaiman bingkas bangun, berjalan laju dan terus berlari. laju dan makin laju menuju ke arah itu. kilauan cahaya itu memberi sinar baharu ke dalam dirinya. langkahnya terhenti. cahaya yang menusuk mata dan merungkai ke dalam jiwanya sebentar tadi berlalu. hampa. kecewa. nyata sekeping kaca dan bukannya permata yang diharapnya. sinar hidup kembali sepi. sesuram langit senja di kaki duka.

telahan sulaiman tidak menjadi. kini dia meneruskan langkah dengan seribu pengharapan dan penyesalan. kaca digenggamnya dengan erat. jauh di benak hati tersimpan seribu luka yang masih belum diubati. antara hidup dan mati. antara dosa dan airmata terhadap ibu bapanya.

........................................................................................................................

No comments:

Post a Comment