"dasar hati yg senantiasa terpendam...adakah sinar yg mungkin terpadam"


Monday, October 10, 2011

ibu

“Biarlah mak,” pujuk ajai pada emaknya dalam nada yang cukup sopan. Dia tahu emaknya masih lagi dalam kesedihan. Antara percaya atau tidak sama ada masih dalam dunia nyata atau fantasi. Masakan tidak seorang ibu pasti tidak akan percaya dan tidak akan dapat menerima hakikat. Anak kandungnya sendiri sanggup membohongi dirinya.

Langit suram. Ombak menderu bersama angin monsun timur laut. Sudah seminggu hujan turun tanpa henti. walaupun terdapat tanda-tanda mahu berhenti namun kembali lebat. Kaca televisyen hampir setiap malam memaparkan kehilangan nyawa di sekitar kawasan itu. Itupun hasil maklumat dan buah mulut minah, mak ilias. tinggal di sebelah rumah ajai sejak dulu.

Malam itu, seperti selalu rumah ajai bertemankan pelita. Menyinari cuma suku bahagian rumah. Kabel elektrik tersergam indah di luar rumah. genap sebulan ajai dan isi rumah bergelap. Lantaran bil elektrik yang tertunggak membuatkan mereka pasrah melalui hari² mendatang.

Dalam sinar bulan yang samar², kedengaran sayup suara adik bongsu ilias mengaji al-quran. walau tidak jelas butir bacaannya tapi ajai tahu surah mana yang dibacanya. sesekali ajai mengikut bacaannya di dalam hati. fikirannya tenang bila mana mendengar kalimah yang dibaca.


bersambung...




Sunday, October 9, 2011

permata atau kaca?

hujung sebuah bandar, di pinggir desa tinggal sebuah keluarga yang daif iman tapi besar cita.
masyarakat kagum dengan kejayaan dan masing2 mengharapkan tuah sepertinya. punya rumah besar, harta bertimbun dan nama gah setanding raja. itulah saudagar permata.

sulaiman. nama yang sering disebut di sana sini. ke mana dan di mana saja orang pergi sering memperkatakan dan menjadikan sulaiman sebagai contoh. tak kira sebagai idola dan ada juga yang mencemuhnya. lantaran iri hati memendam rasa.

sulaiman yang dulunya warak dan sentiasa mengingati Allah kini alpa dan makin gelap haluan. rezeki permata kini merubah hidupnya. tidak lagi memakai baju sederhana dan tidak lagi bersepatu lama. apa yang ditubuhnya semua mewah.

tatkala sulaiman bermewah-mewah dan bersenang lenang, tinggal di hujung sawah sepasang suami isteri yang dulunya bahagia. walau sejuk nyaman udara, namun terpancar kesedihan di wajah mereka.

"mat kau xturun ke sawah hari ni?" soal ajis sambil mengerutkan keningnya yang makin halus dan putih itu.

"aku tengok keadaan kau dua tiga hari ni lain je. xmacam dlu." kata2 ajis terhenti setakat itu. dia risau kalau2 katanya itu menyinggung hati temannya.

"erm...," ahmad mengeluh malas sambil tangannya mencapai pinang yang telah siap dipotongnya dalam bekas buluh. cantik bekas itu hasil kerja tangannya sendiri. perlahan dikunyahnya sambil merenung jauh. nun di tengah sawah. bunyi derap pinang memecah kesunyian dan ajis masih lagi menanti jawapannya.

"entahlah jis, aku dh xde smangat mcm dlu. muka aku ni nak letak kat mana? heboh orang kampung bercerita pasal aku. pasal aku xpandai mengajar anak..."

"mat jangan cakap camtu, kita ni orang Islam. ada pegangan, ada tuhan. Allah xsuka org putus asa. semua yang terjadi ni ada..."

"ada hikmahnya?" ahmad mencelah dengan nada yang agak tinggi. ajis tersentak. tidak pernah kwnnya itu meninggikan suara terhadapnya. dia faham dan sedar keadaan itu. sejak sulaiman menghalau mereka berdua dari rumah membuatkan fikiran dan sikap ahmad berubah. tidak lagi seceria dulu.

.......................................................................................................................................

"sayang....abg nak ke bandar. nak tgk perniagaan kita. makin maju..makin penuhlah lengan ayang tu." smbil mencubit pipi zakiah.

"ala abg ni. ye la semua salah kiah. nak itu nak ini. lagipon utk abg jugak. xde la org nk mengata pasal kemiskinan kita. tgk jenab tu, sampai skarang asyik mengharapkan laki dia. anak skolah ramai...nak suap makan kat mak ayah dia lagi. isshhhh xnakla kiah mcm tu." itulah sikap sebenar zakiah sejak azali. lemah lembut, sopan dan agama dimainkan dengan begitu teliti sehingga ahmad dan isterinya terpikat pada zakiah.

.......................................................................................................................................

berita tentang kejatuhan emas menjadi topik hangat di warung bilal deraman. warung yang sering dikunjungi warga tua kini menjadi tumpuan. termasuk anak skolah dan belia. lunyai kertas akhbar dibelek dari tangan ke tangan. kalau dlu, x dibuat pembalut nasi lemak atau ikan x sah. kali ni lain pulak. kecoh sampai kereta yang lalu lalang memperlahankan halaju. seperti ada kemalangan yang berlaku.

.......................................................................................................................................

"eh kau xdgr cerita ke mat?" ajis berdiri sebelah kakinya di tangga dan sebelah lagi di tanah. ibarat menongkat rumah ahmad yang kini usang. rumah pusaka arwah ibunya. hujan renyai kini seakan lebat dengan angin yang menderu. pelepah kelapa jatuh, terpercik air yang bertakung.

"naik jis." pendek tapi sopan mempersilakan ajis masuk ke dlm rumah. dia sedar tempias hujan kini membasahkan baju ajis. habis seperlengan bajunya basah.

ajis membetulkan duduknya. mengambil posisi yang ckup selesa buat dirinya tanpa tempias hujan dan sapaan angin yang menyejukkan. dia mencapai seberkas daun nipah dalam gulungan. memilih dan melurut2kan dengan lembut. segumpal tembakau di susun rata mengunjur dan digulung kemas. kala hujan begini memang sesuai benar jika dapat menjamah ubi kayu dan ikan masin. sinonim dengan keadaannya. baharu ajis berkira2 hasratnya itu, fatimah membawa sedulang. lengkap dengan kopi dan... ya. ubi kayu ikan pekasam. cukup popular di daerah ini ikan puyu pekasam.

"jemput makan jis, hujan2 camni memang enak makan panas2." pelawa fatimah dengan nada seorang ibu. ibu yang menyimpan seribu satu macam sejarah dan pengalaman. berkongsi pahit manis dengan ahmad. suami yang beza umur 2 tahun lebih tua daripadanya.

"terima kasih mah," sambil ajis memperkemaskan sila duduknya. dia xsabar mahu menjamah. selera pada waktu ini semakin membara. ubi kayu dicubit bersama gaulan ikan pekasam membuatkan air liur dalam mulutnya seakan mahu keluar. perlahan dia menelan sebelum suapan ubi menerjah masuk ke rongga mulut.

"ermmmm....sedap sungguh mat," tersembul ucapan dari penuh mulut ajis.

isshhhh lama betul aku xrs sesedap ni...paling akhir masa melah beranakkan si samad." luah ajis pada ahmad dan fatimah. mereka tersenyum. fikiran mereka leka dibuai kenangan. angin sejuk menerjah ke pipi melalui jendela dapur terus ke serambi. ahmad meneguk kopi lalu menyedut dalam rokok daun. kelihatan bara membakar stiap kali daun disedut. perlahan hembusan asap dilepas. sesekali fatimah menjeling suaminya. dalam hatinya timbul tanda tanya. adakah berita yang didengar oleh mereka itu akan menjadi titik tolak perubahan sulaiman? atau ada perkara lain yang akan timbul.

.......................................................................................................................................

kiah..buka pintu sayang. sampai hati kau buat abg begini. mana pergi kasih sayangmu selama ini?" ucap sulaiman seakan kesal bercampur harapan. mengharap zakiah tidak memperlakukan sedemikian terhadapnya. kemewahan yang dia beri pd zakiah akhirnya memakan dirinya sendiri.

"abg...abg syg kiah x?"

"mestilah sayang. siapa yang xsyg isteri. tambah pulak secantik kau kiah."

"kalau abg syg kiah. letaklah nama rumah dan harta kita ni atas nama kiah. abg kan sibuk dan boleh kiah jaga elok2. xperlu abg risaukan lagi" pujuk kiah dengan lentik alis matanya.

kalau sejak awal sulaiman hidu rancangan zakiah, sumpah tidak diserahkan geran apatah lagi ditukarkan kesemuanya aset ke atas nama zakiah. simpati, pujuk rayu hanya pada zakiah kini. biar air mata darah sekalipun namun dia sedar diri telah dipermainkan.

"kau boleh berambus dari sini. tunggu surat mahkamah aku nk minta cerai!" bentak zakiah dengan kasar. terbeliak matanya melalui tingkap sedangkan sulaiman masih memujuk rayu. tak pernah dia ketahui sikap zakiah sebegini rupa.

........................................................................................................................

hari makin panas. haba tanah dengan angin debu menerpa ke mukanya. dalam keadaan lesu, sulaiman gagah mengatur langkah yang tiada hala tuju. dia ingin pergi jauh. namun xtentu hala tujuannya. longlai lemah langkahnya, jatuh tersembam ke bumi. dia mendiamkan diri mengumpul tenaga untuk bangun. kepala diangkat perlahan. kecil matanya dibuka. berpinau. berbalam-balam lalu terang penglihatannya.

terperanjat. badan yang lesu seakan ada daya yang menerjah. sulaiman bingkas bangun, berjalan laju dan terus berlari. laju dan makin laju menuju ke arah itu. kilauan cahaya itu memberi sinar baharu ke dalam dirinya. langkahnya terhenti. cahaya yang menusuk mata dan merungkai ke dalam jiwanya sebentar tadi berlalu. hampa. kecewa. nyata sekeping kaca dan bukannya permata yang diharapnya. sinar hidup kembali sepi. sesuram langit senja di kaki duka.

telahan sulaiman tidak menjadi. kini dia meneruskan langkah dengan seribu pengharapan dan penyesalan. kaca digenggamnya dengan erat. jauh di benak hati tersimpan seribu luka yang masih belum diubati. antara hidup dan mati. antara dosa dan airmata terhadap ibu bapanya.

........................................................................................................................

Saturday, October 8, 2011

julia

"adib oo adib !!"
aku tersentak. fikiran yg td teringat memori silam. senyum manis sorg teman
teman? kekasih barangkali...pd aku
pd dia...susah nak ku huraikan. erm..biarlah ape org nk kata
tentang aku dan dia...tp pd aku...nyawanya ada dlm htku

julia...sungguh besar jasa kau pdku, bagaimana aku mampu membalasnya
sedangkan pengajianku ini masih belum tamat. kau...makin jauh tinggalkan aku dgn kejayaan

aku malu...nak menatapi wajah kau. nak bertentang mata pon aku xmampu. apatah lagi mahu menyunting kau sebagai suriku.

arghhh...aku xmampu untuk memperisterikanmu. biarlah imran anak tauke balak yg memilikimu. biar suci hatiku menjadi saksi.

"adib..." sapa makcik bedah dengan lembut, iaitu panggilan mak aku di kampung ini. kali ini aku tinggalkan memori itu jauh2. aku bingkas bangun meninggalkan lirik mata ibuku yang asyik merenungku.

"sudah lah dib, yg lama jgn dikenang." keluh ibuku.

aku faham perasaan ibu. ibu banyak mengajar aku erti hidup.

................................................................................................................

julia...
aku titip warkah ini
dalam keluh kesah
tatkala
kembang mawar sejambak
wangi menusuk kalbuku
namun jauh di sudut hati
tak kugapai jambangan itu
bahagia lah kau di sana
dengan anganku yang xmungkin kunjung tiba...

......................................................................................................................

aku kira warkahku dh smpai di tangannya...mujur ada si daus, posmen tetap di kampung ini.
dia lah yg menjadi penyampai nadiku di sini. sejak aku mula kenal julia di surau hingga membawa bibit cinta di hati. sejak itu daus mula berkhidmat untukku. aku puji baktinya kerna tanpa bayaran yang dicagar.

"dib...jangan kau susahkan si daus tu, walaupun dia xmacam kita kau jangan ambil kesempatan atasnya." pesan ibu.

"xlah bu, adib mintak tlg dia je,"
"lagipun dia mmg menuju ke rumah julia, apa salahnya adib kirim kat dia." ujar aku selamba.

aku tau ibu tentu risau dengan tingkahlaku aku. dia juga risau kalau2 org kampung mencemuhnya. masakan tidak anak penoreh getah dan bersuamikan nelayan mampu hidup berbesankan ketua kampung yang berpencen askar berpangkat lt kol. entahlah...biarlah apa orang nak kata. aku tetap dengan prinsip aku, yang nak kawin aku dan julia bukan orang tuanya.

aku menung lagi. tapi betul juga kata orang. enggang sama enggang mana sama dengan pipit. mana boleh pipit terbang sekali.

aku bangun dan berlari ke hujung jalan. mencari daus yang telah jauh hilang kelibatnya. rasa sesal mula menyelinap dalam fikiranku. xpatut aku mengirim warkah kpd julia lagi. takut nanti julia berubah hati. sekeras-keras kerak nasi pasti lembut dengan air. aku ingat perumpaan itu. melayu memang kaya dengan kiasan. begitu juga dengan sajak pendek yang ku karang buat julia. aku bimbang kalau2 bait kata itu membuka hati julia kembali terhadap aku.

kalau itu yang berlaku pasti orang kampung akan memulau ibu dan ayah. merosakkan majlis perkahwinan tok ketua anjang dengan mak tijah. sedangkan wang saku aku semasa di sekolah menengah pon tok anjang yang berikan. duit getah yang ibu perolehi pon hasil kebun tok anjang. enjin sangkut ayah pon dari sumber yang sama. arghhh...xboleh kah hidup aku ni tanpa bantuan daripada tok anjang?

aku toleh ke hujung rumah, kelihatan basikal ayah masih ada. elok tersandar di pohon kelapa. sudah lama aku tak dekati apatah lagi mengayuhnya. pada aku, ini hak ayah dan aku xberhak untuk mengusiknya. tambahan lagi aku xnak susahkan ayah. aku tahu ayah sudah cukup susah untuk memilikinya. jadi aku xnak disebabkan aku, basikal ni rosak. tapi kali ni aku xkira, biar apa yang terjadi aku mesti dapatkan semula surat itu.

aku xmahu perkara buruk berlaku. air muka ibu dan ayah harus aku pertahankan kali ini. biar jibeng, awit, johan dan usop mengeji aku lantaran julia tidak kumiliki. biar semangat dan janji untuk miliki julia tidak kutepati. biar.....biar dan biar itu semua terjadi.

aku buka langkah yang tadinya hanya kecil tapi kini seakan pelumba jalan kaki. aku sengaja tidak mahu berlari kerana ku tahu ibu akan menghidu pergerakan ku.

sambil ku atur kiri kanan langkahku, aku sempat menjeling ibu di bawah rumah. leka dia melurut daun kelapa untuk dibuat penyapu. duit tambahan buat ayah dan ibu agar terisi juga sakunya. kelihatan juga si 'comel', kucing kesayangan ibu sedang asyik memerhatikan liuk lentok hujung lidi. menunggu masa untuk menangkapnya. kebiasaan, tika ini comel sudah nyenyak diulit mimpi di hujung atap rumah ku. nyaman berbumbungkan pucuk beringin yang berjuntai. mungkin ibuku masih belum gaul sepinggan nasi bercampur ikan rebus untuknya.

ku capai basikal ayah dan mula mengayuhnya. sepantas mungkin. aku fikir tindakan ku tidak disedari ibu. namun dalam kesiapsiagaan aku terlupa untuk menaikkan tongkat basikal. bunyi geseran besi tersadung pada banir beringin memeranjatkan ayam betina ibu yang sedang bertelur. riuh rendah kokok sambil ia terbang terus ke bawah rumah. ibu melatah, 'comel' lintang pukang menuju ke semak tepi longkang.

aku senyum sambil menjerit "maaf bu, adib ke kedai sekejap!"

ku tinggalkan ibu terpinga-pinga antara dengar dan tidak teriakan ku tadi. misi aku perlu diselesaikan.

kayuhanku makin laju sama cekal dengan semangat jiwaku. dadaku berombak dan degup jantungku kencang hingga hujung jalan besar itu. kemudian senyap.

...............................................................................................................................

"makcik, abg adib ada kirimkan surat pada julia dulu."

"julia...abg xdpt bahagiakanmu. abg insan kerdil yang xmampu beroleh kesenangan.
kita ibarat langit dan bumi. terpisah jauh dalam dunia nyata, terpisah jua di akhirat sana.
namun dalam hati kecilku, anggaplah aku sebagai abangmu. anggaplah ibu dan ayahku seperti keluargamu. jenguklah mereka jika aku tiada. kerna mereka dan kau pernah saling mengasihi satu tika dulu."

mata mak bedah dan julia bertemu. lidah kelu lalu menitis butir-butir jernih menuruni mulus pipi masing-masing. mengungkap seribu sendu dan ingatan yang tiada batasnya. hari ini genap sebulan adib meninggalkan semua. meninggalkan ingatan yang tiada penghujung tentang cintanya terhadap julia.

...................................................................................................................................

Thursday, September 29, 2011

memori

aku sebatang pen
ingat lagi waktu ini
saat kasut putih bertali jenama pallas
atau kasut ber "pluster"...bunyi zip zap :)
segak tersarung di kaki saiz 5 waktu itu...

pensil 2b dgn 'rubber' cap bendera
itupun menang lawan ngan kwn
nasib x baik kena rampas ngan 'cekgu'

erm...
ingat lagi waktu itu
mandi sungai tanpa baju
main polis sentri snapang kayu
congkak buah getah
lubang tanah

kala ini
lagu negeri & negaraku
anak kecil main api pon mendayu
dr kotak akal & jiwa mulus berlagu

hanya memori kini...

Tuesday, September 27, 2011

1st touch

lama tidak kujengah
entri kering bak lidah x berasah
manakan tidak jenuh minda diperah
namun madah seakan gundah

erm kini aku berseloka lagi... dalam tari irama sendiri...